Saturday, December 12, 2009

Petronas & Royalti


Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan menjengah ke ruang maya di saat ruang ini gegak-gempita dengan pelbagai isu. Walaupun sebelum ini saya kurang gemar berbicara soal masalah dan isu nasional secara terbuka namun dua tajuk berita hari ini betul-betul menarik minat saya. Kedua-dua tajuk ini berkisar tentang Petroliam Nasional Berhad (Petronas), syarikat petroleum dan gas nasional. Walaupun di saat ini terjadi konflik antara kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan berkaitan isu royalti minyak di perairan Kelantan, saya cuba menyuarakan pandangan dari perspektif yang berbeza.

Malaysiakini melaporkan kenyataan dari mantan menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas. Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas


Hasil petroleum dan gas negara yang mewakili 40% sumber pendapatan (terbesar) selain hasil komoditi dan cukai2 (termasuk Goods and service Tax, GST yang baru diperkenalkan), yang digunakan untuk belanjawan negara yang defisit selama bertahun-tahun (InsyaAllah, isu ini akan dijelaskan dalam entri yang lain).


pelantar minyak Cakrawala di perairan Kelantan, ihsan kamera abang..


Berita Harian pula melaporkan tentang kegembiraan PM apabila Petronas berjaya mendapat dua kontrak, termasuk membangunkan medan minyak Majnoon, di Iraq. PM mungkin mempunyai sebab untuk berasa gembira kerana beliau mungkin mengetahui tentang kekayaan bumi Iraq. Beliau mungkin tahu bahawa Iraq dikatakan mempunyai simpanan minyak terbesar dunia sehingga mengundang AS melancarkan perang terhadap Iraq dan Saddam Hussein pada 19 Mac 2003. Malah, pada tahun 2002, timbalan menteri hal ehwal minyak Iraq memberi 'hint' bahawa simpanan minyak Iraq dianggarkan berjumlah 3-400 billion barrel, mewakili hampir 30% simpanan minyak dunia.

Tapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Iraq merupakan negara yang paling berisiko di dunia akibat ketidakstabilan politik dan perang saudara. Untuk rekod, Petronas pernah mengalami risiko kejatuhan reputasi ketika berada di Sudan sebagaimana Talisman Energy Incorporated dan beberapa syarikat lain yang dikatakan membiayai perang saudara di Sudan apabila membayar cukai kepada kerajaan Sudan. Perang saudara di Sudan berlaku akibat cubaan mencabuli Perjanjian Addis Ababa (berkaitan sempadan, turut melibatkan kawasan minyak Sudan) oleh kerajaan pusat Sudan dengan kerajaan yang menguasai wilayah autonomi selatan Sudan. Kerajaan di wilayah autonomi akhirnya menubuhkan Sudan People's Liberation Army (SPLA), yang mana antara strategi perangnya adalah menumpukan sasaran telaga minyak. Walaupun apa yang dialami Petronas tidak seteruk Talisman, keadaan di Iraq juga hampir sama dengan apa yang mungkin berlaku di Sudan, malah mungkin kebih teruk lagi.

Petronas sudah tentu mengkaji fakta-fakta ini memandangkan mereka sudah menyaksikan apa yang dialami oleh Talisman. Dalam isu pelaburan kita tidak boleh lari dari risiko, sebagaimana satu teori "high risks, high return", tetapi langkah2 awal pencegahan perlu diteliti bagi mengekalkan reputasi petronas dan mengekalkan kepercayaan "stakeholder" yang mungkin tidak bersetuju dengan tindakan Petronas.

Walau bagaimanapun, dalam kes tuntutan royalti Kelantan, saya seolah2 merasakan Petronas tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Sudan apabila membiarkan kerajaan Negeri Kelantan terkapai2 menuntut hak mereka sebagaimana yang dijelaskan dalam perjanjian antara Petronas-Kerajaan Kelantan. Walaupun ditegaskan sendiri oleh mantan pengerusi petronas yang menandatangani perjanjian tersebut, petronas dan kerajaan pusat tetap dengan dengan pendirian "pekak badak"nya. Saya optimis Kerajaan Kelantan tidak akan bertindak secara radikal, namun selaku entiti korporat, Petronas perlu mengambil 'ibrah' tentang apa yang berlaku terhadap Talisman Energy Incorporatedyang mengeluarkan belanja yang besar bagi mengembalikan reputasinya akibat apa yang berlaku di Sudan. Kerajaan Kelantan mungkin tidak bertindak radikal namun banyak lagi strategi yang tidak mahu saya ulas disini yang boleh dilakukan sehingga memaksa Petronas dan kerajaan Malaysia ke "pinggir gelanggang".

p/s: ada masa, insyaAllah sambung lagi..
-amin, 12.15am

Wednesday, September 30, 2009

Tuesday, September 29, 2009

Goodbye the Martyr..Obaidah al-Qudsi



"Of the believers are men who are true to that which they covenanted with Allah. some of them have paid their vow by death (in battle), and some of them still are waiting; and they have not altered in the least;..(Quran, 33:23)

Born in 1984 in Hebron city-Palestine for a respected family, his father is a well known ustaz and businessman.

Obaidah started his education as early as 5 years in the kindergarten of the Islamic Youth Society. He later joined the Al-Shar’iyah School of the Islamic Charitable Organization. He completed his school education in 2002 with an excellent score of 84 %.

He later joined the International Islamic University Malaysia where he earned a bachelor degree in Communications and Journalism.

During his presence at the International Islamic University Malaysia, Obaidah was one of the active students in cocurricular activities and was always a forerunner in working for any Ummatic issue. Obaidah was elected into the main board of Al-Aqsa friends’ Society in 2003 to serve for one year as one of its most active members. And from the year 2004 till 2007 he led the famous Al-Aqsa Nasheed Group in IIUM.

In 2008, he returned home in Palestine to live with his family and run his father’s business. He got engaged a few months later and arranged for his wedding to be held right after eid alfitri. Unfortunately, the criminal Zionist soldiers won’t let his family celebrate this eid happily, not let Obaidah’s fiancee have a future with him!

Obaidah al-Qudsi continue his journey to Jannatilkhulud, insyaAllah..alfatihah

read more at:

http://muslim4islam.blogspot.com/2009/09/goodbye-obaidah.html

http://lwtc247.wordpress.com/2009/09/19/click-click-boom-the-murder-of-obaidah-alqudsi/