Monday, May 25, 2009

22 Tahun Dalam Kenangan..




Sejuta puji dan puja buat Dzat Yang Maha Agung yang mencipta manusia dari titisan mani yang hina, menyambung nafas manusia dari detik ke detik, saat ke saat….


Sesungguhnya setiap waktu yang berlalu sudah pasti tidak mampu dikembalikan sesaatpun walau diiringi seribu satu sesalan. Benarlah kata hukama’ bahawa apa yang paling jauh adalah setiap waktu yang telah berlalu kerana kita tidak mampu kembali padanya walau waktu tersebut sedetik cuma.


Alhamdulillah, sehingga saat ini Allah masih menyambumg rantaian hayat saya sehingga mampu menginjak ke tahun yang ke-23. Menyoroti kembali sejarah hidup lebih 22 tahun yang telah saya lalui sambil membuat koreksi, terbit persoalan2 yang memerlukan pertimbangan yang serius; Apakah sejarah yang telah dibina sepanjang 22 tahun diberi nikmat kehidupan? Apakah legasi yang bakal ditinggalkan dalam tempoh yang berbaki?


Sesungguhnya umur yang berlalu menjadi pengalaman yang membentuk keperibadian dan kecenderungan seseorang. Teringat saya sewaktu berada di Sekolah Berasrama Penuh yang memakan lebih separuh usia remaja saya, yang memberi impak yang sangat besar dalam hidup saya. Seawal tingkatan satu saya diperkenalkan dengan usrah, walaupun ketika itu usrah hanya merupakan pertemuan mingguan yang biasa sahaja sifatnya. Itulah usrah dan naqib pertama saya, dan saya sangat hairan kenapa saya masih mengingati nama dan raut wajah naqib saya itu walaupun hampir 10 tahun tidak bertemu dan berhubung sedangkan ramai diantara rakan2 batch saya yang saya sudah lupa nama dan wajahnya walau hanya beberapa tahun berpisah. Malah dalam diam2 saya menangisi perpisahan dengan naqib saya walaupun berkenalan dalam tempoh setahun sahaja.


Ketika di sekolah menengah, jadual hidup saya rasakan cukup teratur, mungkin kerana diatur sebegitu. Bangun subuh berjamaah, kemudian membaca ma’thurat dan diikuti bacaan hadis. Selepas sarapan, berkejar untuk “roll-call” kemudian masuk kelas untuk sesi pembelajaran. Tengahari, solat Zohor berjamaah selepas makan dan masuk kelas “prep” atau tuisyen bagi tahun2 menghadapi "exam" besar. Balik kelas, solat Asar berjamaah dan menghadiri majlis ta’lim sebelum maghrib. Antara maghrib dan isya’ dimestikan menghadiri kuliah maghrib, dan selepas isya’ sekali lagi perlu ke kelas “prep” sehingga 11 malam. Begitulah rutin harian saya sepanjang 5 tahun dan saya tidak mengerti mengapa saya hampir tidak merasai kepenatan sepanjang tempoh tersebut sedangkan sekarang saya merungut tidak cukup waktu walhal Allah mengurniakan tempoh rehat yang sangat banyak berbanding dahulu.


Sewaktu di tingkatan 2 saya dilatih menjadi naqib, tugas kami cuma belajar memberi tazkirah sebelum maghrib kepada adik2 tingkatan 1. Form 3 kami tidak lagi perlu menghadiri usrah, cuma diserap sebagai pembantu naqib. Form 4, kami diberi mandat sepenuhnya untuk menjadi naqib kpd pelajar Form 2 dan semasa di Form 5 kami dilantik menjadi exco BPI (Badan Dakwah) sekaligus menjadi naqib kepada pelajar form 1. Begitulah tradisi yang saya rasakan berlangsung dengan cukup harmoni apatah lagi setiap tahun, kami menerima kehadiran pelajar2 form 4 baru yang sebahagiannya datang dari sekolah2 agama. Setiap gerak kerja dakwah dilakukan dengan cukup bersemangat walaupun ketika itu saya tahu bahawa ilmu2 agama saya sangat dangkal, kemahiran hampir tidak ada, masih belum reti berhujjah dengan nas dan dalil. Nama2 seperti Mustafa Mashur, Saaid Ramadhan al-Buuti atau Abdul Karim Zaidan langsung tidak pernah kedengaran. Ketika itu saya hanya kenal hasil tangan daripada nama2 seperti Enid Blyton, Charles Dickens dan John Grisham. Bekalan yang ada hanyalah semangat dan keyakinan bahawa kerja2 yang baik akan menjadi saham saat dihisab didepan Allah.


Saya sangat optimis bahawa perwatakan dan kecenderungan yang saya miliki adalah berasaskan tarbiyah yang saya terima secara tidak langsung daripada pengalaman saya terutamanya di sekolah kerana dengan semangat itulah saya memulakan pencarian saya di UIA, bermula dengan pencarian kelas2 ilmu dan usrah. Selepas itu diangkat membarisi kepimpinan PERKIM CLUB di matrik UIA, kemudian Nuqaba’ Executive Council, serta beberapa jawatan lain, dan sehingga sekarang di MA’RUF CLUB. Dengan takdir Allah, dengan semangat inilah saya dipertemukan dengan pemuka2 dakwah, pemuda-pemudi yang menjadi mata rantai-mata rantai perjuangan Islam. Kemudian saya diperkenalkan dengan empayar dakwah yang luas yang sangat mengujakan. Menyedari hakikat bahawa kerja2 dakwah itu tidak pernah surut dan tidak akan ada titik noktahnya, sebagaimana imam Hassan al-Banna menyatakan bahawa kewajipan yang kita ada lebih banyak daripada waktu yang kita miliki, apa yang saya khuatiri ialah 'consistency' saya berpencak di medan. Mohon didoakan moga2 kita semua dikekalkan atas jalan-Nya sehingga tiba ke detik terakhir hidup kita.


Pada akhirnya, kembali saya berfikir apakah legasi yang bakal saya tinggalkan? Kalaulah saya menjadikan kekangan waktu menjadi alasan, maka bagaimanakah Syed Badiuzzaman an-nursi masih mampu menghasilkan kitab disaat berada di tengah medan perang kerana khuatir ilmu2 tidak akan memberi manfaat kpd orang lain sekiranya beliau terbunuh. Teringat kata2 salah seorang guru di sekolah saya, oleh sebab beliau mengajar Bahasa Jepun, kami memanggil beliau sensei Ahmad. Beliau menyebut satu ungkapan dalam bahasa Jepun yang bermaksud:


“ jadilah kamu manusia yang pada saat lahirmu kamu menangis sedangkan semua orang disekelilingmu ketawa kerana gembira menyambut kelahiranmu. Dan kamu tersenyum gembira di saat kematianmu sedangkan semua orang menangis kerana bersedih dengan pemergianmu..”

Buat sahabat2 yang tidak jemu2 menyampaikan ucapan selamat, moga setiap setiap ucapan kalian menjadi doa yg membawa kebaikan.. Moga umur kita sentiasa diberkati agar keberkatannya melimpah kepada orang lain..jazakallah

Wednesday, May 20, 2009

Banner Ma'ruf


Ni banner Ma'ruf Club yang baru siap.. kredit untuk Shahidat, co-chairperson IPM secretariat

Wednesday, April 15, 2009

al-Fatihah..


al-Fatihah buat sahabatku Ahmad Shukri Abd Kadir yang kembali ke pangkuan Illahi pada 13 April 2009 jam 11.30pm, beliau selamat dikebumikan pada 14 April, jam 2.30pm.. Semoga penghijrahan beliau dilembayungi redha Tuhan. Semangat, jasa dan ketokohan beliau patut diteladani..

Sunday, April 12, 2009

Amanah Itu Sesuatu yang Menyeronokkan…

Kata-kata ni diucapkan oleh salah seorang sahabat saya yang dahulunya saya kenal sebagai seorang yang sangat komited dan positif dalam setiap gerak kerja. Bunyi ayat ni memang sangat pelik, tapi kata2 inilah menjadi perangsang kepada beliau setiap kali menerima setiap tanggungjawab atau ketika ’down’. Kerana kata2 inilah juga beliau kena marah dengan seorang senior. Apa yang saya faham dengan apa yang cuba dimaksudkan ialah kita mesti positif dalam menghadapi sebarang masalah kerana bagi setiap sesuatu cabaran dan tekanan dalam melaksanakan sesuatu amanah itu pasti ada hikmah yang tak terjangkau oleh benak kita.

Bercerita tentang amanah pasti tidak semudah ungkapan kata2. Saya ditanya oleh seorang pensyarah uitm ketika mula2 saya menerima jawatan sec-gen Ma’ruf Club, “kenapa nta terima jawatan ni?”Saya dengan selamba menjawab, “ana tak minta jawatan.. ana hanya menerima amanah, dan ana ada agenda2 yang nak dibawa dan blablabla..”(tak ingat dah apa saya ‘goreng’). Dia jawab balik lebih kurang camni, kalau salah empunya badan boleh tolong betulkan, “semua orang bercakap soal amanah tanpa memahami amanah itu sendiri, dan berapa ramai manusia yang dibinasakan oleh sebab kegagalan melaksanakan amanah. Adakah amanah itu mampu membantu kita atau menjadi fitnah kepada kita saat dihisab segala amalan nanti.”

Apabila YB Abd Wahid Endut (MP Kuala Terengganu sekarang) diumumkan sebagai calon PAS untuk bertanding PRK Kuala Terengganu, beliau menangis kerana takut tak mampu memikul amanah rakyat rerhadap beliau kerana dalam masa yang sama beliau merupakan ADUN Wakaf Mempelam. Apabila seseorang itu memhami bebanan amanah yang perlu dipikul pasti dia akan takut untuk menerima amanah tersebut. Jadi, bagaimanakah pula sikap yang perlu kita ambil dalam menerima setiap tanggungjawab? Pastikan kita sudah ada satu jawapan yang kita mampu kita berpegang dan yakini.

Dalam ucapan saya kepada adik2 dalam satu kursus kepimpinan kat Perak saya mengutip kata2 Saad bin Abi Waqqas “kita adalah salah satu anak panah daripada anak2 panah Islam, lontarlah ke mana2 sahaja, nescaya kita akan tetap berjuang demi Islam”. Maknanya sebagai seorang yang mendakwa diri sendiri sebagai pejuang Islam maka kita perlu menjaga dan bekerja di setiap penjuru kita diletakkan. Allah dihati, Islam sebagai matlamat, posisi sebagai alat. Suka saya simpulkan dengan mengambil contoh sikap yang diambil oleh Abu Ubaidah Al-Jarrah tatkala diperintah oleh Khalifah Umar mengambil alih teraju kepimpinan perang daripada Khalid al-Walid, beliau menangis kerana memikirkan beratnya amanah yang bakal dipikul sedangkan beliau yakin bahawa Khalid lebih baik layak memimpin tentera berbanding dirinya, pun begitu ia tidak menjadi alasan untuk dia mengingkari arahan khalifah.

Kalau kawan2 nak tambah, sangat3 dialu2kan….

Saturday, April 11, 2009

DA'IE JANGAN EKSKLUSIF!!!

Kalau ada yang bertanya, "Apakah yang anda rasa kriteria yang paling utama menjadikan dakwah itu berkesan?" Ramai yang datang dengan teori dan prinsip yang berbeda, mencedok pandangan2 dari pelbagai tokoh dari perspektif yang pelbagai . Lazimnya, pandangan Syeikh Abbas as-Sisi pastinya menjadi rujukan ‘favorite’ bagi kita pendokong2 gerakan dakwah kampus. Namun teori, prinsip dan pandangan yang mana agak2nya dirasakan terpakai dalam ruang lingkup kampus dan dari sisi kemahasiswaan. Sesetengah ahli gerakan dakwah yang obses dengan siyasah pasti akan melihat pencapaian politik sebagai kayu ukur. Sebetulnya, pertimbangan tersebut agak ‘vulnarable’ sifatnya. Adakah dakwah yang efektif hanya boleh dilakukan dengan kekuasaan sahaja? dan sekalipunpun berada di puncak kuasa (konteks mahasiswa), belum tentu dakwah tersebut mampu berlangsung dengan baik.

Perlu kita cermati bahawa realiti cabaran dakwah kampus hari ini sebenarnya bukan lagi berlegar dibalik tirai penguasaan politik kampus semata2. Jika lewat 70-an dan 80-an menyaksikan corak pemikiran sosialis dan nasionalis mendominasi kampus-kapus pengajian tinggi, era 90-an pula menyaksikan kampus mula bertukar wajah. Mahasiswa-mahasiswi mula menunjukkan minat terhadap kelompok Islamis dalam kampus. Namun, pasang surut terus berlaku, tahun2 mutakhir menyaksikan gerakan dakwah kampus tidak lagi diberi tempat yang baik oleh komuniti mahasiswa. Sekadar memakai label Islam belum tentu mampu membawa gerakan dakwah tersebut kemana2.

Mujur juga perubahan iklim politik nasional saya rasakan dapat memberikan sedikit kredit kepada gerakan dakwah kampus. Walau bagaimanapun, sesetengah orang melihat gerakan2 dakwah pula seolah2 kurang responsif setelah agak lama direhatkan. Prestasinya masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, sukar untuk dipastikan bilakah ‘zaman gelap’ ini akan berlalu.

Dalam satu kajian yang dijalankan keatas lebih 4000 responden mewakili mahasiswa UIA, majoriti menunjukkan bahawa mereka lebih menyenangi pemimpin (baca: daie) yang bersikap mesra massa dan lebih mengambil berat tentang kebajikan mereka berbanding sekadar mempunyai tahap epistemologi dan keIslaman yang tinggi. Sekiranya pandangan ini diambil kira, maka saya berpendapat bahawa teori ini lebih2 lagi terpakai di kampus yang tidak begitu Islamik persekitarannya (faktor demografi lain perlu juga diambil kira).

Massa di kampus umumnya masih lagi memandang pendokong2 gerakan dakwah kampus sebagai kelompok yang eksklusif, anti-sosial dan ekstrim. Justeru, suka saya mengingatkan kepada aktivis2 dakwah kampus bahawa kita sebenarnya sedang dinilai dan diperhatikan. Selagi mana kita gagal untuk mengikis stigma ini, selagi itulah dakwah kita gagal menyentuh massa.

Berubahlah…Jadikanlah gerakan dakwah sebagai gerakan yang berwajah kebajikan, tonjolkan peribadi yang terbaik dan santunilah massa dengan ikhlas agar dakwah yang kita bawa sampai ke hati mad’u. Jangan merasakan diri terlalu suci untuk bergelumang dalam selut di tengah medan dan jangan jadikan diri kita sebagai fitnah yang membebani gerakan dakwah. Bukankah Rasulullah s.a.w menunjukkan contoh dakwah yang terbaik kepada kita, baginda memanjangkan dakwahnya kepada sesiapa tanpa memandang peribadi, ras atau warna.

sembang2: dari tack jogging ke sg pusu..

Alhamdulillah, lepas subuh hari tu ada sorang sahabat ajak jogging pusing2 UIA... elok jugak daripada dok terperap kat bilik. Exam pun tinggal satu paper lagi, tu pun ada senggang masa lebih seminggu lagi. sejuk2 camni tentunya tendency kepada ‘ibadat senyap’ berbanding study lebih tinggi. Banyak benda yang dibincangkan masa jogging tu, dari isu kawen2 ke topic yang berat2...

Rumah tangga yang dibina atas nama ‘baitul muslim’ merupakan satu unit kecil yang mempunyai peranan besar sebagai sumber tenaga dan agen dakwah serta islah dalam masyarakat.

“kita kena tengok balik adalah bila kita memilih pasangan kita hanya memandang paras rupa sahaja. Kalau begitu bentuk pemilihan kita, ana khuatir matlamat membina ‘rumah tangga muslim' takkan tercapai”, sahabat saya memulakan bicara. Teringat kata2 salah seorang sahabat saya mengutip salah satu sabda Nabi saw, “teman yang baik adalah orang yang mampu menambahkan imanmu bila bersamanya”. Alhamdulillah, ciri2 tu saya lihat ada pada teman yang ini.

“Adakah kita sudah betul2 memiliki kualiti yang sepatutnya sebelum mendirikan rumah tangga. Bila kawen ni kita kene didik diri sendiri, isteri, lepas tu anak2 pulak” beliau menambah merujuk kepada ‘fenomena’ yang berlaku sekarang bila segelintir rakan2 kami mula menunjukkan minat yang ketara untuk mendirikan rumah tangga. Saya diam mengagak apa yang beliau cuba sampaikan ialah protes terhadap rakan2 kami yang masih lagi belum melengkapkan syarat pertama iaitu ‘individu muslim’ sebelum memasang niat untuk membina ‘rumah tangga muslim’. Saya mengangguk2 sekadar menjadi pendengar yang setia dengan nafas tercungap2, penat berlari. Bicara bersambung….

Sampai di sg pusu, terpaksa berdiri sekejap menunggu pelanggan lain mengosongkan meja makan, hari tu kedai nasi lemak penuh. Terjumpa dengan sahabat2 KARISMA, baru lepas usrah kot..saling memanjangkan salam, bertegur sapa dan mereka mengosongkan tempat mereka bagi memberi laluan kepada kami . Terasa alangkah indahnya ukhwah Islam, walaupun berbeza pandangan namun masing2 saling berlapang dada.

"Tengok dorang, cukup jaga junior2 dorang, sangat rapat.. ruhiyyah pun nampak mantap, nta rasa kenapa ye?". saya cuba mengutip pandangan sahabat saya.

"Nta ingat tak kisah manusia yang jumpa seorang alim untuk bertaubat lepas bunuh 100 orang, kan alim tu kata kalau nak taubat pegi ke satu tempat yang mana kat dalam tu ramai ulama dan sangat sesuai untuk beribadat dan bertaubat. Maksudnya kalau nak bina ruhiyyah kita mesti cari suasana yang sesuai untuk pembinaan ruhiyyah. Persekitaran banyak mempengaruhi kita. "

Sekali lagi saya mengangguk2 memikirkan kebenaran kata2nya, dan suasana itulah yang saya rasa kita hampir tidak ada..

Alangkah Indahnya Jika Dapat Hidup Bersama Ilahi

Jumaat, 10 mac '09, 930pm

skreetttt..dduuummmm…..

“bang2..cane ni, ok ke?”..

“erkk, ok2”..

“cane bleh jatuh ni?”..

“tak nampak kete tu undur tadi, tu yang brek mengejut tu.. jalan licin plak.. ”

(manusia memang suka mencari alasan. sering lupakan Tuhan.. astaghfirullah..

............

Saat menerima sedikit ‘tazkirah’ daripada Allah, rasanya memang pedih2 sikit, lenguh2 badan pun x abes lagi. Masuk ni dah kali ke-3 kene ‘tazkirah’ camni. Apapun hikmahnya sangat banyak, apalah sangat ujian dan balasan yang kecil nak dibandingkan dengan besarnya kealpaan dan dosa2 yang berbakul2 dan berterus2an.. mula2 belum terasa, bila dikenang2 barulah sedar akan hikmah yang tersirat.

Kata A “nasib baik takde kete kat belakang ”.

Kata B “nasib baik jatuh kat tepi je, tak jatuh dalam longkang. Dahla takde tutup"

Kata C “nasib baik kena sket je. Rosak motor boleh baiki, kalau rosak badan camne?.”

Hikmahnya;

1. Best jadi orang Islam… bila banyak sangat wat mende2 lagho, insyaAllah Allah ingatkan. Bila banyak sangat nasib baik tu, pastinya Allah nak bagi peluang taubat..

2. Peringatan : bila nak didik orang pastikan didik diri dulu sebaik mungkin. Semak dan hisab diri…(Sebab jatuh tu masa tengah nak gi meeting program tarbiyah).

3. Jangan bawak motor laju2 waktu hari hujan walaupun dah lewat pegi meeting, boleh membahayakan diri sendiri , orang lain dan motor itu sendiri (tambah2 lagi kalo pinjam motor orang)…

4. Betapa perlu disedari bahawa sejahteranya hidup kita kerana adanya insan2 disekeliling kita yang sentiasa mendoakan kebaikan dan menjaga kebajikan kita.. thanks sahabat..

Terngiang bait2 nasyid yang didendangkan oleh Raihan, cukup meruntun naluri

Tuhan.. Dosaku menggunung tinggi, tapi rahmatMu melangit luas,

Harga selautan syukurku, hanyalah setitis nikmatMu dibumi

Tuhan, walau taubat sering kumungkir..

namun pengampunanMu tak pernah bertepi

bila selangkah kurapat padaMu, seribu langkah Kaurapat padaKu….

Fikir2 balik, camne kalau mati semalam… adakah dah cukup bersedia?..suka atau tak, kita akan tetap bertemu dengan satu saat yang pasti..Ya Allah, ampunilah hambaMu…