Sunday, April 12, 2009

Amanah Itu Sesuatu yang Menyeronokkan…

Kata-kata ni diucapkan oleh salah seorang sahabat saya yang dahulunya saya kenal sebagai seorang yang sangat komited dan positif dalam setiap gerak kerja. Bunyi ayat ni memang sangat pelik, tapi kata2 inilah menjadi perangsang kepada beliau setiap kali menerima setiap tanggungjawab atau ketika ’down’. Kerana kata2 inilah juga beliau kena marah dengan seorang senior. Apa yang saya faham dengan apa yang cuba dimaksudkan ialah kita mesti positif dalam menghadapi sebarang masalah kerana bagi setiap sesuatu cabaran dan tekanan dalam melaksanakan sesuatu amanah itu pasti ada hikmah yang tak terjangkau oleh benak kita.

Bercerita tentang amanah pasti tidak semudah ungkapan kata2. Saya ditanya oleh seorang pensyarah uitm ketika mula2 saya menerima jawatan sec-gen Ma’ruf Club, “kenapa nta terima jawatan ni?”Saya dengan selamba menjawab, “ana tak minta jawatan.. ana hanya menerima amanah, dan ana ada agenda2 yang nak dibawa dan blablabla..”(tak ingat dah apa saya ‘goreng’). Dia jawab balik lebih kurang camni, kalau salah empunya badan boleh tolong betulkan, “semua orang bercakap soal amanah tanpa memahami amanah itu sendiri, dan berapa ramai manusia yang dibinasakan oleh sebab kegagalan melaksanakan amanah. Adakah amanah itu mampu membantu kita atau menjadi fitnah kepada kita saat dihisab segala amalan nanti.”

Apabila YB Abd Wahid Endut (MP Kuala Terengganu sekarang) diumumkan sebagai calon PAS untuk bertanding PRK Kuala Terengganu, beliau menangis kerana takut tak mampu memikul amanah rakyat rerhadap beliau kerana dalam masa yang sama beliau merupakan ADUN Wakaf Mempelam. Apabila seseorang itu memhami bebanan amanah yang perlu dipikul pasti dia akan takut untuk menerima amanah tersebut. Jadi, bagaimanakah pula sikap yang perlu kita ambil dalam menerima setiap tanggungjawab? Pastikan kita sudah ada satu jawapan yang kita mampu kita berpegang dan yakini.

Dalam ucapan saya kepada adik2 dalam satu kursus kepimpinan kat Perak saya mengutip kata2 Saad bin Abi Waqqas “kita adalah salah satu anak panah daripada anak2 panah Islam, lontarlah ke mana2 sahaja, nescaya kita akan tetap berjuang demi Islam”. Maknanya sebagai seorang yang mendakwa diri sendiri sebagai pejuang Islam maka kita perlu menjaga dan bekerja di setiap penjuru kita diletakkan. Allah dihati, Islam sebagai matlamat, posisi sebagai alat. Suka saya simpulkan dengan mengambil contoh sikap yang diambil oleh Abu Ubaidah Al-Jarrah tatkala diperintah oleh Khalifah Umar mengambil alih teraju kepimpinan perang daripada Khalid al-Walid, beliau menangis kerana memikirkan beratnya amanah yang bakal dipikul sedangkan beliau yakin bahawa Khalid lebih baik layak memimpin tentera berbanding dirinya, pun begitu ia tidak menjadi alasan untuk dia mengingkari arahan khalifah.

Kalau kawan2 nak tambah, sangat3 dialu2kan….

No comments:

Post a Comment