Friday, May 28, 2010

Cadangan Pemotongan Subsidi

Berikut adalah ringkasan cadangan pemotongan subsidi yang dikeluarkan oleh PEMANDU seperti yang dibentangkan oleh Datuk Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Cadangan ini dikeluarkan bagi mengatasi masalah defisit negara yang dikatakan akan menyebabkan negara bankrap pada 2019.


1. Petrol

- harga petrol dinaikkan sebanyak 10-15 sen pada pertengahan 2010.

- Peningkatan sebanyak 10sen setiap 5 bulan sehingga 2014 (jangkaan sama dengan harga pasaran)


2. Barangan makanan

- harga gula akan meningkat 20sen sekilo bagi setiap 6 bulan sehingga 2012.

- Harga tepung gandum akan dinaikkan 20sen bagi setiap kg tahun ini dan 25sen pada 2011

- Harga minyak masak (botol) bagi setiap kg akan dinaikkan 15% tahun ini, dan 15% lagi tahun 2011. Kemudian harga akan dinaikkan lagi sebanyak 5% setiap tahun seehingga 2014.


3. Gas

- Pengurangan subsidi gas akan menyebabkan kenaikan tariff elektrik, hanya pengguna yang yang menggunakan elektrik melebihi kadar 200kWj akan terkesan (iaitu kira-kira 46% pengguna).


4. Kadar tol

- Kadar tol akan meningkat pada pertengahan 2010 (seperti dalam perjanjian konsesi), kecuali untuk lebuh raya tanpa laluan alternatif tanpa tol


5. Kesihatan

- Bayaran untuk pesakit luar di hospital kerajaan akan dinaikkan antara RM1-RM3

- Bayaran rawatan pesakit dalam kamar (in-patient treatment) dinaikkan bergantung kepada kelas wad, antara RM3-RM80 dan RM6-RM160.


6. Pendidikan

- Subsidi tuisyen dimansuhkan, bantuan buku teks dan peperiksaan awam percuma hanya untuk pelajar miskin sahaja.

- Pelajar antarabangsa (dari luar negara) di universiti awam akan dikenakan bayaran penuh.

- Dari 2010 hingga 2012, pelajar pra-graduan dan pasca-graduan (undergraduates and postgraduates-semua pelajar IPT la tu..) perlu membayar yuran yang lebih tinggi dari RM300-RM800. Peningkatan yuran tambahan pada 2016.


~dipetik dan diterjemah dari the Star, 28 mei 2010. ~

p/s: maaf kalau ada pengambilan istilah terjemahan, yang kurang tepat. insyaAllah artikel berkenaan isu ini akan saya keluarkan dalam masa terdekat, nak tengok camne respon rakyat terhadap isu ini...


No comments:

Post a Comment